ADVERTLETS PENIPU BESAR / BIG SCAMMER
Aku buat post ni bukan tujuan nak jatuhkan reputasi pihak Advertlets, tapi aku buat atas dasar menuntut hak aku sebagai publisher advertlets. Kalau korank search kat google memang terlalu banyak lah post yang berkaitan dengan keburukan Advertlets ni. Bagi aku keburukan dorank ni satu jer iaitu dorank TAK BAYAR publisher yang dah berbulan-bulan letakkan iklan advertlets ni kat blog dorank. Jadi ape guna blogger-blogger letakkan iklan Advertlets kalau TAK DIBAYAR kan, buat menyemakkan blog jer. Dah la loading page jadi slow kalau ada iklan ni.
Jadi, untuk kes aku ni. Aku dah buat claim pada 27-Dec-2011. Tapi sampai sekarang 11-June-2012 aku masih belum terima payment aku ni. Aku ada contact dorank pakai contact form kt dalam website Advertlets tu, bukan sekali tau, tapi dah berkali-kali aku submit ticket bertanyakan pasal payment aku ni. Tapi langsung takde jawapan. Apa pihak Advertlets ni takde pekerja ke nak balas email publisher?
Aku ada terbaca satu post kat blog brader BEN ASHAARI, dia tulis dia ada jumpa dengan Josh Lim (gambar kat bawah). Brader ni tanya kenapa dia tak bayar publisher? Dia jawab "Sapa suruh klik iklan sendiri". Sekarang ni aku nak tanya Josh Lim ni, blogger-blogger yang kau tak bayar ni semua klik iklan sendiri ke? Apa kau ingat kami blogger cap ayam ke nak klik iklan sendiri? Kami semua dah baca la syarat-syarat sebelum join Advertlets ni dan memang kami tahu kalau klik iklan sendiri tu kesalahan mandatori. Takkan la kami ni bodoh sangat nak klik iklan sendiri.
Lagi satu, kalau kau cakap kau ada rekod yang sah mengatakan kami ada klik iklan sendiri, tunjuk jer la. Dan kalau kau nak bagi alasan yang dalam rekod ada tercatat klik berkali-kali pada satu iklan pada masa yang sama, maksud lain "Fraud Click", aku nak tanya lagi, kalau ada visitor blog aku yang tersesat masuk dalam blog aku, pastu tangan dia gatal nak klik iklan tu berkali-kali, apa macam? aku tak suruh pun. Takkan tu pun salah aku.
Lastly, aku memang takde niat nak cari gaduh dengan Advertlets ni, aku cuma nak tuntut hak aku, duit aku. Kalau Josh Lim terbaca post ni, mintak kau check akaun aku dan buat pembayaran segera.
Terima kasih / Thank you.
Post lain tentang Advertlets dari blogger-blogger sedunia dibawah.
1. Advertlets Tak Bayar | Ceritamamat.Com
2. Advertlets Bila Nak Bayar Hutang?
3. Advertlets Scam..Penipu..Cibai Punya Company | Sembang Kosong™
4. ADVERTLETS BILA NAK BAYAR?
5. Advertlets, bila mahu bayar hutang? Dohh? | EarnCent.com
** Kalau nak lagi korank search sendiri lah kat Google k...
Kepada Josh Lim : Post ni aku akan sentiasa promote kat website dan blog lain selagi aku tak dapat payment aku. Dan kalau akaun aku kat Advertlets di "banned" selepas kau baca post ni, bermakna kita sudah berada di zon PERANG.... OK, thanks..
.
3 comments:
Hi Bro..masih baru lagi..so sampai sekarang x dapat ke?
http://kisahsigemok.blogspot.com
camner nk dapat bro, klau dah owner tu bapak penipu.. haram jadah punya manusia...
pehh...baru nk naik nie sbagai blogger....
bgus dpt info mcm nie,,,
Post a Comment